Chairman, Lee Ki Nam

Profil

      Ki Nam, Lee dilahir dan dibesarkan di Kyeong Buk, salah sebuah daerah di Korea Selatan.Pernah menetap di negara Indonesia selama 12 tahun sepanjang bertugas di pasukan unit penyelamat Indonesia SAR 787 Emergency Exploration and Rescue Unit dan memegang jawatan sebagai seorang komander.Rencana mengenai penglibatan beliau pernah disiarkan disalah sebuah rancangan terbitan negara Korea KBS TV yang memaparkan tentang aktiviti menyelam dan menyelamat.Semasa bertugas disana beliau telah bergiat aktif didalam hal ehwal kemasyarakatan dan kebajikan.Beliau juga lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai seorang yang peramah.

Pengalaman tentang hal ehwal perhutanan dan kayu kayan telah mendorong beliau untuk menubuhkan syarikat Jusin Enterprise Co., Ltd pada tahun 2004 yang beroperasi di negara Korea dan Jusin Enterprise (M) Sdn Bhd di Malaysia pada tahun 2007 dalam menyahut seruan kerajaan Malaysia terutamanya kepada pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Beliau juga pernah menerima anugerah Hankook ILBO 2005 Vision Korea Advanced Company, dalam bahagian perhutanan antarabangsa. Meskipun beliau sedar banyak halangan dan rintangan yang akan dihadapi namun berkat kesabaran dan pengalaman beliau percaya sebarang kemungkinan akan dapat diatasi.
© 2007-2010 Jusin Enterprise (M) Sdn.Bhd.
Level 8, Wisma Fook Loi, Jalan Gaya, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.