Jusin Enterprise (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah anak syarikat kepada Jusin Enterprise Co.Ltd di Korea Selatan. Ditubuhkan di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, syarikat ini bergiat aktif dalam bidang industri perhutanan. Objektif utama syarikat ini adalah untuk mewujudkan spesis kayu-kayan yang baru dan lebih baik dari yang sedia ada, yang bertujuan mengekalkan serta memperbaiki suasana semulajadi alam sekitar di samping menambah dan membekalkan sumber kayu-kayan hasil daripada konsep penanaman semula yang bersistem putaran.